Tuesday, August 31, 2004

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Merdeka! Merdeka! Merdeka!.....
alhamdulillah, 31 Ogos 2004 maka genaplah 47 tahun Malaysia 'bebas' daripada belenggu penjajahan....setelah melalui pelbagai rintangan dan halangan, tak lupa juga pertumpahan darah pahlawan bangsa yang begitu kental jiwanya dalam menuntut kemerdekaan, akhirnya merdeka jua negara yang tercinta...

akan tetapi, benarkah kita benar-benar telah merdeka??itu lah persoalan yang timbul didalam minda beberapa golongan rakyat malaysia ini sendiri. paling ketara apabila benda ini seringkali dipersoalkan oleh golongan yang 'veteren'. pabilamana kita memikirkan kembali akan hujah yang diberi...ya memang benar akan atas hujah-hujah yang dikemukakan oleh golongan ini.memang tidak dinafikan akan kebenaran hujahnya. antaranya yang sempat dirakamkan didalam blog ini adalah ucapan Menteri Besar Kelantan, iaitu YAB Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat merangkap Mursyidul Am Parti Islam SeMalaysia (PAS). antara lain yang ucapannya adalah menyatakan bahawa "saya sungguh bersyukur kerana malaysia telah dikurniakan kemerdekaan dan cuma yang menjadikan ambo cukup sedih dan dukacita adalah kerana melihatkan keadaan masyarkat sekarang yang belum merdeka sepenuhnya. ini jelas...kita boleh lihat sendiri dengan mata kita...rogol...rompak...ragut...samun...pecah rumah..bunuh...dan banyak lagi...semuanya masih berlaku dalam negara kita. sepatutnya jika kita kata kita sudah merdeka maka kita hendaklah merdeka dari semua anasir tersebut...dan ini adalah peranan kerajaan lah...samada kerajaan negeri khasnya dan kerajaan pusat, kita sepatutnya membuat sesuatu bagi menangani semua ini. jadi...kerajaan ini umpama bapa lah..dan rakyat sebagai anak...jadi memang menjadi tugas bapa lah dalam mendidik dan menjaga anak-anak...darisegi makannya... disiplinnya....dan juga solatnya...."

itulah sedikit sebanyak luahan seorang pemimpin Islam yang mahukan anak bangsanya bebas daripada segala bentuk penjajahan...insya-Allah kita sama-sama bersatu dibawah panji Islam dan Islam pasti akan membawa kita kepada keamanan dan kesejahteraan, dan yang paling utama adalah kemerdekaan yang hakiki...insya-Allah...
Takbir!!! ALLAHUAKBAR...!!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home