Wednesday, September 01, 2004

Kerja dengan kerajaan.....

waduh...bisa sakit kepala macam ni...dok tengah check email..tetiba ada email dari member yang menyatakan kesukarannya dalam mendapatkan pekerjaan dengan bermajikan kerajaan. katanya dia pernah menghadiri satu temu duga di sebuah jabatan kerajaan. Dalam masa menunggu giliran, dia pergi ke bilik air. kemudian dia terdengar perbualan seorang kakitangan mungkin juga seorang pegawai kerana beliau memakai kot berbual dengan seorang lagi kakitangan.

Katanya ``Buang masa saja budak-budak ini datang interviu, I guarantee takkan dapat punya kalau tak ada orang dalam.

``Kalau I diberi tanggungjawab select budak baru, of course I ambil saudara I''


fulamak...mau sakit ati aku...punyalah aku susah payah belajo...nak bulih segulung ijazah tu bukannya senang....tido tak cukup...makan pun tak cukup...riadah tak yah citer lah....dah tak sempat....pendek kata, memang terseksa jiwa, raga,zahir dan batin....tetiba select cam tu....aduhai...inikah negaraku yang diwar-war kan sebagai negara yang merdeka????rupanya masih belum merdeka lagi....aduh...sakit kepala aku memikirkan masa depan yang barangkali tetiba menjadi kelam....yelah...takkan aku nak keja kat mardi yang kontrak ni sampai ke tua???bos aku pun dah nak pencen lagi 4 tahun....aduh...

"Ya Allah...ampunkanlah dosa hambamu ini...permudahkan segala urusanku...sabarkanlah aku akan atas segala ujian-Mu...dan bantulah daku Ya Allah..bantulah daku.....amin ya Rabbal'alamin...."

0 Comments:

Post a Comment

<< Home