Coretan Diariku

Monday, October 25, 2004

Doaku...



Sunday, October 10, 2004

Hari Ladang MARDI TELONG

Sibuk...memang sibuk...sibuk membuat persediaan untuk Hari Ladang....dan juga Seminar Program Pendedahan Teknologi Di Tanah Bris...anjuran MARDI Telong, Bachok....majlis yang bermula jam 9 pagi tadi dan baru jer selesai, sepatutnya dirasmikan oleh Ketua Pengarah MARDI, tapi disebabkan beliau kena menghadiri majlis penutup MAHA2004 di Mines Selangor, maka Timb Ketua Pengarah je yang datang...Dr Abd Shukor Abd Rahman...

program hari ni ada macam dua sesi...sesi pertama pembentangan kertas kerja...yang dijalankan pada waktu pagi, yang mana seramai lima orang pembentang membentang kertas kerja masing-masing. tajuk kertas kerja pun best2 gak...cara penyampaian pun best gak...terutama masa 'kronik'..(tengahari ler tu..).hehehe...dan sesi kedua, sesi melawat ladang...pada waktu petang...kul 2.30 petang...fuyyo...panas siot...berpeluh abih....aper2 pun sempat gak aku mengepau topi ngan En Li...dapat pakai topi, oklah sikit...kuranglah rasa panas...

disamping ada pembentangan kertas kerja dan melawat ladang, ada jugak gerai2 yang dibuka kepada pengunjung...gerai pameran dan juga gerai bagi mempromosikan hasilan produk2 yang MARDI bangunkan....jus roselle...minyak wangi...hasilan kenaf...kordial2....dan banyak lagi.....memang meriah...

adeih...letih...masa pembentangan kertas kerja takpe..dalam air-cond...yang jadi letih semasa melawat ladang...lenguh kaki nie dibuatnya...tapi takpe.pengalaman tu penting... so far, banyak jugak benda baru dan teknologi serta penemuan dalam penyelidikan yang dapat aku...theory and practical....dua-dua ada...pagi dia bagi teori..pastu petang plak dia tunjuk secara praktikal...memang best....tapi musti best lagi kalu bleh gi MAHA2004...gara-gara Hari Ladang lah aku tak dapat gi MAHA2004....aiseh..rugi...

Monday, October 04, 2004

Temuduga KPLI

hehehe...dapat jugak aku temuduga kpli...ingatkan dah tak dapat...check nama kat laman web cikgu tu, dapat pulak....12 hb okt ni jam 12 tgh....hmm..macam mana kalu dapat??? kalu nak diikutkan hati aku..aku prefer kalu dapat jadik ro kat mardi...bidang yang sememangnya aku minati sejak bayi lagi...keh keh keh...aper pun tengok dululah macam mana...andai kata dapat...kena istikharah dulu lah....

dalam pada itu..ada beberapa orang member aku memberikan beberapa sedikit tips untuk pergi temuduga tu...ni aku masukkan email dia...


Assalamualaikum,

Saya ada sedikit maklumat kpd yg bkl menduduki temuduga KPLI nanti. Ada sdikit format baru iaitu ujian bertulis. ni antaranya yg kawan2 saya habaqlah....

1. Tuliskan secara ringkas ttg perkara berikut:
(a) Minat dan kemahiran anda.
(b) Pengalaman interaksi dengan remaja dan kanak-kanak.
(c) Pengalaman mengajar.
(d) Kegiatan dalam kesenian dan kebudayaan.

2. Sekiranya anda dipilih, apakan yang akan anda sumbangkan?

3. Kenapa anda minat nak jadi guru????


Tema hari guru :

2004 – Guru Berkualiti Pemangkin Kecemerlangan

2003 & 2002 – Guru Berkualiti Aspirasi Negara

Dalam temuduga KPLI, penemuduga nak tahu macam mana kita mengajar sesuatu konsep berkenaan. Anda sebagai pemegang ijazah sains sudah tentu mempunyai banyak ilmu dalam bidang berkenaan. Persoalannya bagaimana nak memindahkan ilmu ini kepada murid-murid. Soalan ini memerlukan jawapan secara logik sahaja. Jadi cuba renung dan fikirkannya.

Bagi calon sekolah rendah, biasanya penemuduga akan cuba nilai diri calon sama ada sesuai untuk mengajar murid sekolah rendah. Jadi soalan lebih banyak kepada bagaimana nak mengajar subjek yang dipohon di sekolah rendah. Sebagai contoh, katakan anda memohon matematik SR. Maka soalan akan berkisar bagaimana akan anda ajar matematik kpd murid sekolah rendah. Katakan konsep pecahan.


Sek.wawasan

Sek bestari

Why I want to be a teacher???

Some topics of science subject (standard 4)

Prepare in for answering in English


wah....last statement best dibaca....Prepare in for answering in English...memang best...rasanya percent dapat tu dah jadi 30%... hehehe...percent tak dapat..jeng jeng jeng....70%.....wah....hehehe
aper pun..tengoklah..kalu ader rezeki...ada lah tu lubangnya.....bila dapat??? sabor...sabor...kalu Allah kata ada...ada lah tu...cuma perlukan kepada sedikit kesabaran...Allah nak uji lah sikit...hamba dia ni, jnis boleh sabor ke idak... hehehe